SK Undang Jelebu
  • Laman Utama
  • Laman Ibubapa
  • Blog SKUJ
    • KAP
    • Berita Semasa
    • Lensa
    • Aktiviti
    • Muat Turun
    • Muat Turun 2
    Tweet
    Click to set custom HTML

    Akhbar Harian

    • Utusan Malaysia
    • Berita Harian
    • The Star
    • Sin Chew Jit Poh
    • Nanyang Siang Pou
    • Sinar Harian
    • Harian Metro
    • New Stratis Times

    widgeo.net

    PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM DAN HARI KOKURIKULUM SKUJ 2012

    Picture
    SK Undang Jelebu akan menganjurkan perkhemahan unit uniform dan Hari Kokurikulum 2012 pada 18 hingga 20 Mei 2012. Program ini adalah anjuran Unit Kokurikulum SKUJ dan dikelolakan oleh Tunas Kadet Remaja.
    Selain dari perkhemahan unit unifom, sambutan Hari Kokurikulum akan diadakan pada 19 Mei 2012 bermula jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang.
    Acara yang akan diadakan pada hari kokurikulum adalah:
    PAMERAN DARI AGENSI KERAJAAN SEPERTI JABATAN BOMBA & PENYELAMAT, JABATAN PERTAHANAN AWAM, JABATAN PENJARA MALAYSIA, AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN, JABATAN KESIHATAN DAERAH, POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN JUGA UNIT KOKURIKULUM SKUJ.
    Selain itu, pelawat berpeluang menyaksikan pertandingan pertandingan yang diadakan seperti: PERTANDINGAN KAWAD SEBARIS, PERTANDINGAN MENYELAMAT, PERTANDINGAN MASAKAN MEDAN, PERTANDINGAN MODEL AKHBAR, PERTANDINGAN KRAF PERKHEMAHAN, PERTANDINGAN GEJET DAN JUGA PERTANDINGAN MEWARNA.
    Ibubapa, bekas-bekas pelajar serta orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan majlis di samping menyaksikan pelbagai karenah anak-anak didik SKUJ dengan karenah mereka.


    XPDC KENYIR 1-2012  CATATAN  PERJALANAN  XPDC
    Hutan hijau. Air yang beriak perlahan. Sesekali terdengar jeritan
    Enggang sahut menyahut dari dahan-dahan tinggi. Udara yang nyaman dan segar.
    Keheningan kadang kala dipecahkan oleh bunyi ikan Toman menangkap mangsa. Segalanya masih terakam dalam minda peserta XPDC  Kenyir 1-2012.
     Ekspedisi yang disertai oleh 14 orang guru dan juga rakan-rakan  dari Daerah Jelebu memulakan perjalanan dengan dua buah kenderaan MPV dan sebuah  kenderaan sokongan tepat jam 10.00 malam. Kenderaan yang sarat dengan barang
    muatan berupa  makanan dan  peralatan memancing dilepaskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Firdaus di  perkarangan rumah Cikgu Jamal, di Taman Kempas.
             
    Ekspedisi ini diketuai oleh Cikgu Zaman membuat perancangan untuk tiba di
    Kuala Berang pada awal pagi dengan beberapa pos sebagai perhentian. Antaranya di
    Muazzam, Kuantan dan juga Kuala Berang. 
     
    Walaupun 18 Januari merupakan cuti Tahun Baru Cina, kenderaan tidak
    terlalu sibuk. Beberapa sekatan oleh pihak JPJ dan PDRM di temui dibeberapa
    lokasi. Berhenti seketika di Muazzam untuk membasahkan tekak, konvoi kembali
    meneruskan perjalanan menghala ke Kuantan.

     Sempat mengabadikan kenangan di sebuah stesen pam berhampiran Kem TUDM, Kuantan, konvoi kembali meredah  gelap malam melalui lebuhraya Jerangau—Jabor. Lebuh raya yang 90% siap memang menarik
     
    Hampir jam 5.00 pagi, konvoi tiba di Masjid Kuala Berang untuk  mandi dan solat subuh. Cikgu Rostam dan Cikgu Suhaimi merupakan GPRS semulajadi  bagi konvoi kerana mereka kebetulan berasal dari Terengganu.
               
    Selesai solat subuh, konvoi kembali ke jalanraya untuk menuju ke  Pengkalan Gawi. Di sana Cikgu Azmi yang kembali lebih awal ke Dungun, akan  melengkapkan pasukan ekspedisi. Sebelum menjejakkan kaki ke Pengkalan gawi,  peserta sempat mengisi perut di sebuah kedai. Terkejut juga dengan hidangan nasi  minyak di awal pagi.
    Akhirnya, konvoi tiba di Pengkalan Gawi. Bagi mengejar masa dan
    mengambil kira jarak dari pengkalan ke Taman Negara memakan masa 5 jam,
    barang-barang dipunggah masuk ke bot Raja Toman 2. Pelayaran dimulakan. Dan Raja
    Toman membelah air tasik yang tenang. Manakala peserta ekspedisi menguruskan
    keperluan dan peralatan memancing masing-masing. 
     
    Tengahari itu, En Sham, salah seorang kenalan dari Kampung Triang  menyediakan masak lemak cili api. Cikgu Shahrizan mendapat tugas istemewa  memasak nasi. Makan dalam bot sambil ditiup oleh angin tasik amat menyelerakan. 

    Namun bot tak juga tiba. Anggaran 5 jam sudah dilepasi. Rupanya bot berkuasa
    rendah. 7 jam untuk tiba dan merupakan bot terakhir berlabuh di taman negara
    walaupun antara yang paling awal belayar.

    Masa tidak dipersiakan. Sir Taufik antara yang terawal  menghulurkan pancing diikuti dengan Cikgu Fikri dan yang lain-lain.  Masing-masingn bersemangat untuk 
    menjadi yang pertama mendapat tangkapan. Namun nasib menyebelahi Sir
    Taufik yang mendapat tangkapan terawal diikuti oleh Cikgu Zaman dan En Izat,
    suami Cikgu Mastura. Yang lain telah mula risau. Lesen memancing dikenyir belum
    lulus lagi. Cikgu Sharizan dengan alat yang baru dibeli dan antara yang termahal memecahkan suasana dengan  tangkapan beliau yang paling “besar”. Itupun bukan ikan memakan umpan tetapi  mata kail terkena di perut ikan.
    Tidak puas hati dengan tangkapan di sekitar bot, beberapa orang
    mula menaiki bot kecil. Antara Sir Taufik, Encik Izat, Sham dan En Shukri.
    Mereka cuba masuk ke anak sungai. Nyata tangkapan di anak sungai agak menarik.
    Beberapa orang guru mula merancang.
     
    Cikgu Jamal yang belum mendapat apa-apa tangkapan bersedia untuk  masuk ke anak sungai pada waktu malam. Selepas makan malam yang disediakan oleh  Cikgu Zaman, Cikgu Suhaimi, Cikgu Azali dan Cikgu Fikri, bot kecil kembali  memasuki anak sungai dalam kegelapan malam.

    Manakala yang lain memancing di persekitaran bot. Cikgu Jamal yang
    merasa tercabar dengan tangkapan oleh Cikgu Azmi menyimpan hasrat mendapatkan
    tangkapan di anak sungai. Tangkapan waktu malam kurang menggalakkan. Air besar,
    kata tekong bot. yalah, baru lepas hujan dan banjir di Terengganu. 
      
    Lewat jam 3.00 pagi keriuhan terdengar di belakang bot. Krew yang
    memasuki anak sungai telah kembali dengan tangkapan yang agak lumayan. Barulah
    Cikgu Jamal tersenyum. 
    Yang lain masih tidak sedar dari tidur. Keletihan barangkali. Sir  taufik terus memancing sementara Cikgu Zaman , cikgu Suhaimi menyediakan nasi  goreng untuk sarapan pagi. Cikgu Sharizan pula menggoreng roti.

    Perjalanan pulang ke Jelebu dilakukan hampir jam 4.00 petang.   Konvoi sempat singgah membeli buah tangan untuk keluarga sebelum bergerak  meninggalkan Terengganu. Lewat 1 pagi, konvoi tiba di Taman Kempas dengan hati yang puas dan  selamat. Namun semangat masih membara untuk melakukan satu lagi ekspedisi ke  Taman Negara Kenyir.


     

     
     

     


     
     


     



     
     


     
    SKUJ JUARA BOLA TAMPAR LELAKI DAERAH JELEBU
    SKUJ muncul sebagai Johan Kategori Lelaki dalam Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah Jelebu. Kejohanan yang berlangsung di SM Vokasional Kuala Klawang, menyaksikan SK Undang Jelebu mengalahkan SK petasih (Berasrama). Bagai ketegori perempuan pula, SK Petasih (Berasrama) muncul sebagai Johan setelah mengalahkan SK Sepri Tengah.

    Picture
    Picture
    KESESAKAN DI BAHAGIAN HADAPAN SEKOLAH
    Menurut pemantauan pihak unit disiplin SKUJ, berlaku kesesakan di bahagian hadapan sekolah berhampiran jalan utama Kuala Klawang-Titi akibat perubahan penggunaan pintu masuk kedua. Kesesakan yang berlaku akibat, kereta yang berhenti untuk menurunkan pelajar-pelajar. Perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah.

    Namun begitu, pihak SKUJ terpaksa melakukan perubahan ini kerana penggunaan pintu utama juga telah menimbulkan kesesakan kerana terdapat penjaga yang memberhentikan kereta di hadapan pintu masuk tanpa mengirakan kenderaan kenderaan lain yang beratur di belakang mereka.

    Bagi menyelesaikan masalah di pintu masuk kedua, pihak sekolah mencadangkan ibubapa tidak mengambil masa terlalu lama unt
    XPDC KENYIR 1
    Dengar khabarnya peserta-peserta XPDC Kenyir sedang sibuk membuat persiapan untuk menjayakan XPDC julung kali diadakan. Seramai 14 orang guru dari SKUJ akan menyertai program ini dan dengarnya sedang sibuk membuat persiapan membeli peralatan memancing dan makanan untuk dibawa sewaktu XPDC tersebut.

    Peserta-peserta akan bertolak dari Jelebu pada jam 9.00 malam dan dijangkan tiba di Kuala Berang pada 21 Januari. Dan menurut jadual, pada jam 9.00 pagi, peserta-peserta akan memulakan XPDC Tahap Dua dengan Bot Raja Toman 2 menuju ke Taman Negera Kenyir Dua buah kereta dan sebuah kenderaan sokongan akan membawa peserta-peserta ke destinasi mereka.

    Dua tiga hari ini kelihatan juga kelibat guru-guru mengunjungi kedai pancing di Kuala Klawang untuk mendapatkan peralatan serta aksesori memancing sebagai persediaan memburu Ikan kelah, Toman dan entah apa lagi....... hanya mereka yang tahu. Bagaimanapun, warga SKUJ mendoakan kejayaan dan keselamatan mereka. Dan diharap akan ada lagi XPDC lain dengan penyertaan yang lebih ramai lagi dalam usaha merapatkan silaturahim sesama guru dan warga SKUJ.
    SELAMAT MEMBURU KELAH..........
    Liputan tentang aktiviti akan diberikan sepanjang aktiviti berlangsung. teruskan bersama laman web dan facebook SKUJ untuk mendapatkan berita terkini XPDC ini.
    Picture
    MUAT TURUN
    JADUAL KELAS AGAMA PETANG
    https://www.box.net/shared/0702c0j1qh4f5dfrsh8o

    SUASANA HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Picture

    Koleksi Penanda Buku Untuk Warga SKUJ

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Picture

    BERITA TERKINI!!!!!!!

    Mulai tahun 2012, semua penjaga dan ibubapa diminta untuk menurunkan dan mengambil  anak atau jagaan mereka di pintu masuk kedua (pintu masuk kantin) sewaktu datang dan balik. Ini adalah untuk menggelakkan kesesakan kawasan hadapan sekolah terutama pada waktu pagi.
    Ibubapa juga diminta memastikan anak-anak atau jagaan mereka masuk ke kawasan sekolah sebelum beredar. Kerjasama ibubapa amatlah diharapkan dalam memastikan kesesakan tidak berlaku dan keselamatan anak dan jagaan mereka.

    MESYUARAT JK HEM & KOKURIKULUM KALI 1/2012

    Picture
    Mesyuarat Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum telah berlangsung pada 28 Disember 2011. Mesyuarat yang bermula pada jam 8.00 pagi bertempat di Makmal Komputer SKUJ telah membincangkan semua aspek dan perancangan kedua-dua unit pada tahun 2012.
    Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Penolong Kanan HEM En Mohd Azharan dan Mohamad dan juga Pn Hjh Norzila, Penolong Kanan Kokurikulum.

    SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

    Picture
    Sesi persekolahan 2012 akan bermula pada 4 Januari 2012. Akan bermulalah sesi perjuangan yang terbaru untuk melestarikan pendidikan di Malaysia.
    Mesyuarat pengurusan telahpun bermula pada 27 dan 28 Disember 2012. Mesyuarat pertama yang akan menentukan rangka tindakan bagi tahun 2012 dan seterusnya menjadi landasan untuk warga SKUJ meneruskan usaha masing-masing untuk kembali gemilang dan terbilang sebagai sekolah yang terbesar di Daerah Jelebu.
    Kepada para pelajar diminta untuk bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi cabar KSSR bagi tahun 2012 dan begai pelajar Tahun 6, telah bermula era untuk menumpukan perhatian kepada kecemerlangan akademik.
    SELAMAT BERJUANG, SELAMAT BERTUGAS DAN SELAMAT BERJAYA

    MESYUARAT PENGURUSAN & KURIKULUM KALI PERTAMA 2012

    Mesyuarat kali pertama telah berlangsung pada 27 Disember 2011. Sedikit kelainan dilakukan pada tahun ini, di mana Mesyuarat pengurusan dan kurikulum diadakan pada hari pertama dan pada 28 Disember akan berlangsung pula mesyuarat JK Hal Ehwal Murid, Kokurikulum serta Mesyuarat Khas untuk Prasekolah dan Program Pemulihan Khas Integrasi.
    Mesyuarat pengurusan dipengerusikan oleh Guru Besar Cemerlang, En Zulkupli Osman dan dihadiri oleh semua guru SK Undang Jelebu. Mesyuarat yang menumpukan kepada aspek pengurusan dan kurikulum turut juga membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2012.
    PENTADBIR SKUJ
    Picture
    Guru Besar Cemerlang
    Picture
    Penolong Kanan 1
    Picture
    Penolong Kanan HEM
    Picture
    Penolong Kanan Koko
    Picture
    Penolong Kanan PPKI
    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Free Hundred Backlinks bedava - Free Backlink  - www.linkdevi.com daily Bookmarks Dofollow Backlinks Unlimited Backlink Text Back Links Exchanges Enlaces Linkillo Plugboard Mania Unlimited Backlink Exchange Free Backlinks Unlimited Backlink Exchange Free Automatic Link Multiple Backlinks Streichquartett Automatic Backlink Exchange Automatic Backlink Exchange Hochzeitsmusik - Streichquartett Hochzeitsmusik - Streichquartett Unlimited Backlink Exchange Free Automatic Link Free Automatic Link Free Backlinks Free Automatic Link Free Hundred Backlinks bedava - Free Backlink  - www.linkdevi.com daily Bookmarks Dofollow Backlinks Unlimited Backlink Text Back Links Exchanges Enlaces Linkillo Plugboard Mania Unlimited Backlink Exchange Free Backlinks Unlimited Backlink Exchange Free Automatic Link Multiple Backlinks Streichquartett Automatic Backlink Exchange Automatic Backlink Exchange Hochzeitsmusik - Streichquartett Hochzeitsmusik - Streichquartett Unlimited Backlink Exchange Free Automatic Link Free Automatic Link Free Backlinks Free Automatic Link
    Create a free website with Weebly